Thursday, August 25, 2016

Xiaomi Redmi Note 4 dilancarkan secara rasmi


Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Redmi Note 4 secara rasmi.

Xiaomi Redmi Note 4 ini memiliki pemproses Deca-Core MediaTek Helio X20 berkelajuan 2.1GHz, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 2GB/16GB dan 3GB/64GB, bateri berkapasiti 4,100mAh, sensor capajari pada panel belakang dan memiliki MIUI 8 yang berasaskan Android Marshmallow.

Redmi Note 4 ini memiliki kamera belakang 13MP manakala kamera hadapan adalah 5MP

Xiaomi Redmi Note 4 ini memiliki ukuran dimensi 151 x 76 x 8.35mm dengan berat 175gram.


Xiaomi Redmi Note 4 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu gelap dengan harga penjualan RM543 bagi versi 16GB dan RM724) bagi versi 64GB.

Xiaomi Redmi Note 4 akan mula ditawarkan di pasaran China pada 26 Ogos ini namun tiada sebarang maklumat akan bila ianya akan ditawarkan di pasaran lain.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates