Thursday, August 25, 2016

Asus ZenFone 3 mula dijual di Malaysia melalui Asus Store Malaysia


Asus Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan Asus ZenFone 3 dikedai atas talian Asus Store.

Selepas memasuki pasaran kira-kira dua minggu lalu. Asus Malaysia secara rasminya telah mula menawarkan Asus ZenFone 3 dikedai atas talian Asus Store.

Asus Malaysia kini telah mula menawarkan model ZenFone 3 (ZE552KL) yang memiliki skrin paparan 5.5-inci dan ZenFone 3 (ZE520KL) yang memiliki skrin paparan 5.2-inci.

Kedua-dua model ZenFone 3 ini masing-masing mempunyai harga RM 1,699 bagi ZenFone 3 (ZE552KL) dan RM 1,499 bagi ZenFone 3 (ZE520KL).

Bercakap mengenai warna, buat masa ini ZenFone 3 (ZE552KL) hanya akan ditawarkan didalam warna hitam manakala ZenFone 3 (ZE520KL) hanya ditawarkan didalam warna putih.

Selain beberapa lagi warna bagi kedua-dua model ini, Asus Malaysia dijangka akan menawarkan Zenfone 3 Ultra dan ZenFone 3 Deluxe tidak lama lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates