Thursday, August 4, 2016

Xiaomi perkenalkan set realiti maya iaitu Xiaomi VR Toy Edition



Xiaomi telah memnghebahkan akan perkenalkan set realiti-maya mereka pada 1 Ogos 2016 lalu dan kini memperkenalkan pula set realiti-maya mereka tersendiri, dinamakan sebagai Xiaomi VR Toy Edition.

Kenapa mereka memilih nama berkenaan masih menjadi tanda tanya. Tetapi, ia dikatakan nama berkenaan bukanlah nama akhir untuk produk berkenaan.


Xiaomi VR Toy Edition ini beroperasi dan dikuasakan untuk digunakan bersama-sama telefon pintar bersaiz antara 4.7-inci sehingga 5.7-inci.

Ia menggunakan penutup berzip bagi memudahkan pengguna memasukkan dan mengeluarkan telefon pintar. 


Sebuah butang khas tersedia pada bahagian atas untuk mengawal kanta dan sebagainya.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, Xiaomi mengumumkan sejumlah kandungan untuk dinikmati bersama.

Memandangkan ia diumumkan untuk pasaran China, antara rakan kerjasama mereka adalah termasuk Youku – salah satu perkhidmatan video popular di China.


Xiaomi mengatakan ia dalam peringkat ujian terbuka buat masa ini, dan mungkin akan dipasarkan secara meluas apabila mereka mempunyai kandungan yang secukupnya untuk platform realiti-maya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates