Thursday, August 4, 2016

Chrome untuk Android dikemaskini untuk penjimatan data dan bateri


Google Chrome 52 diperkenalkan kepada para pengguna Android mulai semalam.

Chrome 52 untuk Android membawakan beberapa fungsi baru – terutamanya memfokuskan kepada penjimatan penggunaan bateri.

Melalui kemaskini baru ini, ia membolehkan pengguna menggunakan peranti mereka untuk tempoh yang lebih lama berbanding sebelumnya , termasuk ketika menonton video atas-talian melalui Chrome.


Disamping itu, fungsi penjimatan data juga diperluaskan, dan kini apabila mod Data Saver diaktifkan, video yang dimuat-turun akan bersaiz lebih kecil iaitu menjimatkan sehingga 50% data pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome di Android, anda sudah boleh mula menyemak kemaskini dari Play Store hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates