Thursday, August 4, 2016

BlackBerry Hub ditawarkan untuk semua pengguna dan peranti lain



BlackBerry menamakan perkhidmatan ini sebagai BlackBerry Hub+. 
Buat masa ini, pengguna boleh memasang dan menggunakan BlackBerry Hub, BlackBerry Calendar dan juga BlackBerry Password Keeper.

Ia ditawarkan secara percuma untuk 30 hari pertama, sebelum BlackBerry menawarkan pilihan untuk meneruskan aksesnya melalui langganan $0.99 sebulan ataupun memilih untuk melihat iklan.

BlackBerry Hub sebelum ini telah menerima pujian ramai dalam usaha memudahkan pengguna menguruskan pelbagai akaun emel dan sosial mereka daripada setempat tanpa perlu mengakses aplikasi lain.


Bagi anda yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan terkini, anda boleh memuat-turun dan menggunakan BlackBerry Hub+ bermula hari ini.

Pihak BlackBerry dijangka memperluaskan penawaran mereka untuk pengguna Android 5.0 Lollipop pada masa akan datang, selain peranti iOS.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates