Thursday, August 4, 2016

Dropbox Paper tawarkan penyuntingan dokumen dan kolaborasi untuk Android dan iOS



Dropbox sebelum ini telah berkongsi mengenai aplikasi yang memfokuskan kepada penyuntingan dokumen dan juga kolaborasi yang dinamakan sebagai Paper.

Hari ini, ia secara rasminya ditawarkan secara terbuka kepada semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia.

Dropbox mengatakan Paper dibangunkan dalam memudahkan pengguna dalam sesuatu kumpulan atau pasukan dapat berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, disamping berkolaborasi dalam membangunkan sesuatu dokumen.

Berbeza dengan ketika ujian sebelum ini, kini Dropbox Paper membawakan sokongan membuat jadual yang lebih baik, disamping penambah-baikkan pada perkongsian galeri gambar, selain notifikasi pada web dan peranti mudah-alih.

Seperti menggunakan laman sosial, anda boleh tujukan sesuatu perkara untuk disunting dengan menggunakan @namapengguna.

Bagi anda yang sering berkolaborasi dalam membangunkan sesuatu dokumen, anda boleh memuat-turun aplikasi Dropbox Paper ini hari ini dan menggunakannya dalam membangunkan sesuatu dokumen.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates