Sunday, August 21, 2016

Xiaomi Mi Notebook Air pencabar baru Macbook Air


Xiaomi telah melancarkan laptop Xiaomi Mi Notebook Air yang didatangkan dalam dua varian dan seperti yang tertera pada namanya, ia mengambil ilham dari Macbook Air.

Xiaomi Mi Notebook Air didatangkan dalam dua model.

Model yang lebih mahal merupakan sebuah laptop Windows 10 13.3 inci yang nipis dan ringan diperbuat daripada aluminium serta dilengkapi kad grafik diskrit padanya untuk memberikan para gamers sedikit oompf berbanding kad grafik integrasi. 


Dalam kes ini kad grafik itu adalah Nvidia GeForce 940MX dengan 1GB RAM video yang dipasangkan dengan pemproses Skylake Intel Core i5.

Ia juga dilengkapi 8GB DDR4 RAM serta 256GB SSD PCIe.

Skrin 13.3 inci padanya mempunyai resolusi HD penuh dan mempunyai ciri anti silau bagi penglihatan lebih baik di kawasan luar yang terang dan kaca skrinnya diperkuatkan di samping bingkainya yang nipis(5.6mm).

Xiaomi menjanjikan jangkahayat bateri selama 9.5 jam, tetapi ia dijangka kurang daripada itu jika anda menggunakan keupayaan grafiknya untuk bermain permainan video.

Dari segi ukuran, laptop ini hanya mempunyai ketebalan 14.8mm dan berat 1.28kg.

Di samping model 13.3 inci, Xiaomi juga mengeluarkan varian berukuran 12.5 inci yang tidak dilengkapi kad grafik GeForce, dikurangkan RAM kepada 4GB dan dilengkapi pemproses Intel Core M.

Ia lebih nipis dan ringan pada ukuran 12.9mm tebal, hanya seberat 1.07kg dan mempunyai jangkahayat bateri selama 11.5 jam.


Kedua-dua model dilengkapi satu port USB-C, 2 port USB 3.0 dan port HDMI bersaiz penuh.

Ia telah mula dijual di China mulai 2 Ogos 2016 dan dijual pada harga RM3,050 untuk model Core i5 dan RM2,135 model Core M.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates