Sunday, August 21, 2016

Oppo F1s terima 6 ribu tempahan didalam masa 7 hari di Malaysia


Oppo F1s yang telah mula dibuka untuk tempahan kira-kira seminggu lalu disahkan telah menerima hampir 6,000 tempahan didalam masa 7 hari sahaja.

Oppo F1s yang merupakan pengganti kepada Oppo F1 telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos 2016 lalu dan ianya ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM1,198 .

Seperti F1, F1s juga dilancarkan sebagai telefon pintar pro selfie dan untuk itu ianya dilengkapi dengan kamera hadapan 16MP yang turut disertakan dengan perisian Beautify 4.0 sekaligus memberikan F1s gelaran telefon pintar ‘selfie expert’ pertama didunia.

Oppo F1s ini ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan emas ros.

Oppo juga akan mengadakan roadshow Oppo F1s di Midvalley dan Sunway Carnival Mall, Penang pada 20 dan 21 Ogos 2016 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates