Sunday, August 21, 2016

Huawei P9 dipilih telefon pintar terbaik di Eropah untuk tahun 2016


European Imaging and Sound Association (EISA) telah mengumumkan anugerah peranti mudah alih tahunan dan ianya memperlihatkan banyak model terkini yang popular.

Generasi baru telefon pintar Huawei iaitu P9 telah dipilih sebagai telefon pintar pengguna terbaik Eropah bagi musim 2016/2017 dan ini adalah kali kedua Huawei memenangi anugerah ini selepas P8 memenanginya tahun lalu.

Huawei P9 dipilih sebagai telefon pintar terbaik adalah kerana reka bentuk yang premium, inovasi teknologi kamera dan spesifikasi yang baik.


Selain itu, persatuan EISA ini juga telah memberikan anugerah telefon pintar dengan kamera terbaik kepada Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge.

Selain itu, HTC 10 juga telah mendapat anugerah sebagai produk paling maju atau futuristik Eropah dan ini adalah kerana spesifikasi yang dimilikinya iaitu skrin paparan IPS QHD HD, pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM, kamera UltraPixel 12MP , sokongan audio 24-bit beresolusi tinggi dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000mAh.


Selain itu, HTC Vive telah menerima anugerah headset VR terbaik manakala Garmin Fenix 3 HR menerima anugerah peranti pemakaian terbaik Eropah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates