Sunday, August 21, 2016

BlackBerry DTEK50 diakui sebagai telefon pintar paling selamat di dunia untuk tahn 2016


Dalam usahanya untuk menstabilkan jualan telefon pintar, Blackbery telah mengambil keputusan untuk memilih jalan yang lebih traditional dengan mengeluarkan telefon pintar Android. 

Blackberry DTEK50 merupakan telefon pintar tahap sederhana dan ia memuatkan ciri-ciri keselamatan Blackberry yang dibawa dari BB10 dan BES10, dan digabungkan dengan ciri keselamatan sedia ada dalam platform Android.

Ini memeberikan telefon pintar itu kebolehan membuat panggilan, menghantar SMS dan berkongsi fail secara selamat di samping aplikasi DTEK yang membolehkan anda memantau dan mengawal tahap keselamatan dan privisi pada telefon pintar tersebut.



Spesifikasinya juga agak baik di mana ia dilengkapi skrin HD penuh 5.2 inci, pemproses 8 teras Snapdragon 617, 3GB RAM, 16GB ruang storan dalaman, kamera utama 13MP, kamera hadapan 8MP, bateri 2610 mAh dan slot microSD.

Semuanya dimuatkan dalam badan yang berukuran 147 x 72.5 x 7.4mm seberat 135g.

Ia bukanlah spesifikasi tahap tinggi, namun cukup untuk menjalakan Android OS dengan lancar.

DTEK50 tidak dijangka menggantikan Blackberry Priv, yang dilengkapi keyboard fizikal yang boleh dileret keluar, sebaliknya ia akan dijual pada pasaran harga yang lebih rendah berbanding Priv. 


Tiada keyboard fizikal pada telefon pintar ini, namun anda boleh memuatturun pelbagai tema keyboard yang berlainan dari Google Play.

Blackberry DTEK50 akan dilancarkan pada 8 Ogos 2016 lalu dengan harga harga yang kompetatif iaitu RM1,250 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates