Sunday, August 21, 2016

Utiliti Continuum pada phone Windows 10 bertambah baik


Semasa Microsoft memperkenalkan Windows 10 Mobile, fungsi paling utama yang membezakannya dengan OS mudah alih lain adalah fungsi Continuum. 

Fungsi ini membolehkan telefon pintar disambungkan kepada monitor dan keyboard seterusnya menjadikannya umpama sebuah PC.

Namun pada awal pengenalannya, terdapat banyak masalah dengan fungsi Continuum termasuk masalah prestasi dan kestabilan.

Tetapi baru-baru ini Microsoft telah memperkenalkan kemaskini Anniversary Update yang memperkenalkan penambahbaikan kepada OS tersebut. 


Saluran Youtube dengan nama TechAltar telah membuat review OS tersebut semasa pelancarannya dan kini beliau telah membuat penilaian seimbang mengenai OS tersebut selepas kemaskini Anniversary Update.
Review beliau boleh ditonton di bawah dan kami rasakan review beliau mengenai OS tersebut paling seimbang setakat ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates