Sunday, August 21, 2016

Samsung Gear S3 akan dilancarkan pada 31 Ogos 2016


Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa generasi ketiga jam pintar Gear S3 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini. 

Samsung telah membuat pengumuman melalui akaun Twitter mereka bahawa Gear S3 akan dilancarkan secara rasmi di Berlin pada 31 Ogos 2016 iaitu dua hari sebelum IFA bermula pada 2 September di bandar yang sama.

Jika tahun-tahun sebelum ini, Samsung kebiasaanya akan melancarkan generasi baru Galaxy Note di IFA, tahun ini hanya Gear S3 akan dilancarkan kerana pelancaran Note7 telahpun diadakan awal bulan ini. 


Gear S3 dijangka akan hadir dengan sistem operasj Tizen OS dan diharapkan dengan pelancaran generasi baru ini, sokongan bagi peranti iOS yang telah lama diperkatakan akan turut ditawarkan.

Segala-galanya mengenai Gear S3 sudah pastj terjawab pada 31 Ogos ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates