Saturday, August 20, 2016

Huawei G9 Plus diperkenalkan


Huawei G9 Plus telah diperkenalkan di China .

Gajet ini dilengkapi dengan skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

Sokongan kad MikroSD pula ialah sehingga 128 Gigabyte. 



Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel f/2.0 dengan sokongan OIS dan merakam video pada resolusi 4K. Kamera selfie pula sebesar 8 Megapixel f/2.0

Bateri sebesar 3340 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang. 

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan dua pilihan warna iaitu emas dan perak. 

Peranti dengan sistem operasi Android Marshmallow ini dijual pada harga RM1,446 .

Ini meletakkannya sebagai pesaing terhampir kepada Asus Zenfone 3 ZE552KL yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates