Saturday, August 20, 2016

Rekaan Lenovo Moto Z Playleaked di internet



Rekaan Moto Z Play akhirnya diketahui hari ini apabila gambarnya tertiris ke arena web.

Seperti dijangkakan ia mengekalkan rekaan yang ditemui pada Moto Z dengan perubahan pada panel belakang. Ia menggunakan panel kaca dan bukannya logam.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″ HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM 3 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 5 Mengapixel. 


Gajet Android Marshmallow ini turut dilengkapi bateri sebesar 3500 mAh.

Walaupun mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding Moto Z dan Moto Z Force, ia masih boleh menggunakan kesemua Moto Mods yang dihasilkan untuk dua peranti ini. Moto Z Play dijangka akan diperlihatkan secara rasmi di IFA 2016.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates