Thursday, August 25, 2016

WhatsApp sahkan akan kongsi nombor telefon pengguna mereka dengan Facebook


WhatsApp mengatakan mereka akan mula berkongsi beberapa data bersama Facebook dalam bulan-bulan akan datang.

Walaubagaimanapun, pihak WhatsApp mengatakan mereka akan kekal memastikan pelbagai mesej anda tidak dibaca oleh pihak lain , sama ada pihak WhatsApp sendiri ataupun Facebook.

Daripada apa yang dikongsikan, pihak WhatsApp akan berkongsi data seperti nombor telefon anda ke sistem Facebook , sekaligus memudahkan Facebook dalam memberikan cadangan rakan yang lebih baik, selain paparan iklan yang lebih relevan.

WhatsApp turut menekankan yang mana mereka tidak akan menjual sebarang nombor telefon , termasuk kepada pengiklan, dan data anda akan selamat dibawah perkhidmatan mereka.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates