Thursday, August 25, 2016

Pokemon GO hilang 15 juta pemain dalam masa sebulan


Di negara lain yang menerima Pokemon GO lebih awal,jumlah pemain aktif semakin berkurangan. 

Menurut data dari Apptopia, Pokemon GO kehilangan 15 juta pemain aktif sejak sebulan yang lalu.

Data diambil sehingga 8 Ogos yang lalu dan dipercayai jumlah ini semakin meningkat.

Jumlah pemain aktif tertinggi direkodkan pada pertengahan Julai 2016 dengan 45 juta pemain. 


Selepas tarikh tersebut jumlah pemain mula menurun.

Selain itu masa yang dihabiskan di dalam aplikasi oleh pemain setiap hari juga semakin menurun.

Demam Pokemon GO nampaknya sudah mula reda.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates