Thursday, August 25, 2016

YouTube bakal lancarkan Backstage yang akan jadikannya seakan Facebook


Dikatakan bahawa YouTube Backstage akan dilancarkan pada musim luruh ini. 

Menerusi Backstage, pengguna boleh berinteraksi menggunakan gambar, teks, bancian dan video sekaligus menjadikannya seakan Facebook.

Backstage bukan laman baru tetapi fungsi tambahan yang akan mengubah laman saluran sedia ada.

Menerusinya interaksi antara pemilik saluran dan peminat akan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Komen boleh ditinggalkan pada setiap status pemilik saluran dalam bentuk teks dan gambar. 


Pemilik saluran boleh berkongsi video tertentu sahaja hanya di Backstage.

Oleh itu hanya mereka yang melanggan kepada saluran dapat menonton video eksklusif ini.

Interaksi juga terhad diantara peminat dan pemilik saluran.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates