Tuesday, August 16, 2016

Samsung Galaxy A8 2016 bakal dilancarkan tidak lama lagi


Jika anda mengikuti perkembangan dunia telefon pintar, anda pasti sedia maklum bahawa Samsung telah melancarkan generasi baru bagi semua model didalam siri Galaxy A tahun ini kecuali bagi Galaxy A8.

Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi, Samsung Galaxy A8(2016) dilihat semakin hampir menjadi realiti.

Sebelum ini, model prototaip Samsung Galaxy A8(2016) telah disenaraikan dipangkalan data GFXBench dan kini telah melalui ujian prestasi di Geekbench.

Walaupun ujian prestasi Geekbench tidak memberikan banyak maklumat mengenai Galaxy A8.

Walaubagaimanapun, tiga maklumat penting telefon pintar ini telah didedahkan iaitu ianya akan menggunakan pemproses Exynos 7420 ( digunakan pada model S6 dan Note5), 3GB RAM dan akan memiliki sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

Selain itu, GFXBench juga telah memberikan kita maklumat bahawa Galaxy A8 (2016) ini akan memiliki skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.1-inci, kamera 16MP, kamera hadapan 5MP dan memori simpanan dalaman 32GB.


Seperti model Galaxy A (2016) yang lain, Galaxy A8 juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates