Tuesday, August 16, 2016

Webe dilancarkan secara rasmi dengan dakwaan pelan terhebat telco


Webe akhirnya dilancarkan secara rasminya.

Walaupun dilancarkan secara rasmi, pihak Webe masih tidak berkongsi mengenai pelan Webe untuk pengguna umum.

Webe buat masa ini masih terhad kepada pengguna Unifi dan P1 sahaja, dan dijangka di perkenalkan kepada semua pengguna umum menjelang suku ke-4 tahun ini. 


Tiada tarikh pasti diberikan Webe buat masa ini, dan sekadar dikatakan akan ditawarkan pada awal suku ke-empat 2016 ini.

Webe juga turut tidak berkongsi mengenai harga jualannya untuk pengguna umum buat masa ini. 

Untuk pelanggan TM dan P1, Webe ditawarkan pada harga RM79 dimana ia hadir dengan penawaran data tanpa had, tetapi perlu membayar untuk tethering.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates