Wednesday, August 17, 2016

Ford bakal hasilkan kereta tanpa stering menjelang tahun 2021


Ford berkongsi perancangan mereka, dan menyasarkan untuk menawarkan kenderaan mereka di atas jalan raya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Ford, menjelang 2021 kelak, pengguna akan dapat melihat kereta dipandu automatik, dan ia lebih ditujukan untuk pengguna yang terbuka dengan perkhidmatan perkongsian pemanduan. Ford menyasarkan kepada mereka yang ingin ke bandar tanpa perlu risau akan mengenai memandunya atau ingin meletakkan kenderaan.

Secara kasar, ia lebih kepada seumpama Uber, tetapi kereta dipandu automatik tanpa pemandu.

Buat masa ini, pihak Ford dilihat lebih memfokuskan penawaran kenderaan berkenaan kepada perkhidmatan seperti Uber, dan tiada perancangan lagi untuk menawarkannya kepada pengguna umum. 

Namun, tidak mustahil kita melihat ia ditawarkan kepada pengguna umum beberapa tahun selepas itu.

Dalam menjayakan perkara ini, Ford akan membuat pelaburan pada arena pemanduan automatik ini, termasuk dalam menambah-baik penerimaan sensor mahupun dari segi pemetaan, dan sebagainya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates