Wednesday, August 17, 2016

Komputer desktop pelik berbentuk kiub dilancarkan


HP mahu mengubah rekaan dekstop biasa dan melancarkan HP OMEN X dengan menara berbentuk kiub. 

Alasan yang diberikan ialah rekaan ini memberikan luas permukaan maksimum untuk sistem penyejukan cecair yang disediakan.

Kiub OMEN X dengan ukuran tidak diletakkan secara rata tetapi terjungkit dengan dua kaki di bahagian bawah. 

Terdapat tiga ruang berbeza untuk papan induk serta cip pemproses, kad grafik dan sumber kuasa. Ini adalah bagi memudahkan kustomasi dan penyejukan setiap komponen secara berasingan. 

Spesifikasi ialah pemproses Intel Core i7 6700K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080/AMD Radeon RX480, 


RAM sebesar 16 Gigabyte storan PCie SSD 256 Gigabyte dan storan HDD 2 Terabyte SATA. 

Konfigurasi boleh diubah mengikut kehendak pengguna. 

Dari segi saiz ia 19.85 inci panjang , 15.98 inci lebar dan 20.28 inci tinggi.

OMEN X direka bagi memudahkan kerja selenggara kerana tidak memerlukan sebarang skru untuk pemasangan komponen. 

Terdapat sistem lampu RGB terbina yang membolehkan waran diubah mengikut kemahuan pengguna. 


Harga jualan bermula dari RM7,194. 

Pada waktu yang sama kerangka kiub ini turut boleh dibeli secara berasingan pada harga RM2,399 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates