Saturday, August 6, 2016

Pokemon GO kini boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia


Penggemar game gajet di Malaysia kini boleh memuat-turun aplikasi popular ini secara rasmi di Malaysia. 

Pokemon Go merupakan salah satu permainan yang diperkatakan ramai sejak beberapa minggu lepas.

Ia menawarkan kaedah permainan dengan integrasi dunia nyata dan maya, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang serba-baru.

Menggunakan aplikasi Pokemon Go ini, ia membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terdapat di sekeliling berdasarkan kepada lokasi GPS, disamping turut meletakkannya pada Gym untuk bersaing dengan pasukan lain.


Nampaknya ia juga turut mengalakkan pengguna untuk bergerak dan bersenam dengan berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tetapi seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berjalan di luar, serta peka dengan keadaan sekeliling.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates