Saturday, August 6, 2016

Doogee X5 Max dilancarkan di Malaysia dengan harga RM299


Pengeluar dari China ini baru sahaja melancarkan dua lagi peranti mereka untuk pasaran Malaysia. 

Doogee X5 Pro dan X5 Max ialah dua peranti yang mempunyai spesifikasi kelas permulaan tetapi mempunyai sistem imbasan cap jari yang lebih sinonim dengan peranti berspesifikasi lebih tinggi.

Model pertama iaitu Doogee X5 Max Pro. Ia dilengkapi skrin5 ” IPS LCD 720P, diperkasakan pemproses MediaTek MTK6580, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel f/1.8 dan kamera selfie 5 Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 4000 mAh disertakan bagi membolehkan peranti ini berfungsi sehingga dua hari. Sistem imbasan cap jari diletakkan pada panel belakang.


Model yang lebih murah iaitu Doogee X5 Max pula mempunyai spesifikasi yang serupa cuma RAM dikurangkan ke 1 GB dan storan pula hanya 8 GB.

Kedua-dua model ini menggunakan sistem operasi Android Marshmallow.

Harga jualan untuk X5 Max Pro ialah RM459 manakala untuk X5 Max pula ialah RM299.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates