Saturday, August 6, 2016

Asus Zenfone 3 Deluxe dengan Snapdragon 821 dan berharga RM3299 mula dijual di Malaysia


Ini ialah model flagship Asus bagi menyaingi peranti flagship pengeluar lain.

Asus Zenfone 3 Deluxe yang hadir untuk pasaran tempatan menyertakan cip pemprosesan terkini iaitu Snapdragon 820 dan Snapdragon 821. 

Ia merupakan peranti terawal menggunakan cip yang berkuasa ini. 

Ia juga hadir dengan memori sehingga 6 GB RAM LP DDR 4 yang tidak terdapat pada siri Zenfone 3 yang lain, serta cip grafik Adreno 530.

Asus Zenfone 3 Deluxe juga hadir dengan sokongan NFC dan sokongan capaian LTE Cat 13. 

Kamera utama peranti ini juga mempunyai sensor pengimejan yang lebih tinggi, iaitu 23 MP Sony IMX 318 dan turut menyertakan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. 


Storan pada Zenfone 3 Deluxe bermula 64 GB sehingga 256 GB dan boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD pada talam SIM hybrid peranti ini.

Zenfone 3 Deluxe untuk pasaran Malaysia akan dijual pada dua variasi bergantung kepada storan dan cip pemprosesan. 

Asus Zenfone 3 Deluxe dengan Snapdragon 820, memori 6 GB RAM dan ruangan storan 64 GB berharga RM2599.


Sementara Asus Zenfone 3 Deluxe dengan Snapdragon 821, memori 6 GB RAM dan ruangan storan 256 GB berharga RM3299.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates