Saturday, August 6, 2016

Asus Zenfone 3 Ultra dengan skrin 6.8 inci turut mula dijual di Malaysia


Asus Zenfone 3 Ultra memfokuskan kepada skrin besar, aiitu 6.8 cinci dan juga sokongan audio yang baik melalui penyertaan Dual 5 Magnet Stereo Speakers dan Hi Res Audio. 

Peranti ini memfokuskan kepada kebolehan menikmati multimedia melaluinya, disamping menawarkan sokongan kamera seumpama Zenfone 3 Deluxe iaitu kamera belakang 23 megapixel dengan penstabilan imej optikal dan elektronik.

Dari segi spesifikasi, ia turut menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 652, memori 4GB RAM, ruangan storan 64GB dan penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. 


Asus turut menyertakan penambah-baikkan pada perisian, termasuk dari segi sokongan kemudahan penggunaan pada sebelah tangan.

Di Malaysia, Asus Zenfone 3 Ultra ini akan dijual pada harga RM2599 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates