Wednesday, August 17, 2016

Obi Worldphone MV1 dengan rekaaan canggih telah dilancarkan


Obi Worldphone ialah syarikat pengeluar peranti yang diasaskan oleh bekas CEO Apple John Sculley.

Syarikat ini bakal melancarkan peranti ketiga mereka iaituMV1.

Ia sebuah peranti asas dengan skrin 5 inci HD, pemproses Snapdragon 212, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte .

Kemampuan optik ialah kamera utama sebesar 8 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel.

Bateri sebesar 2500 mAh melengkapi spesifikasi peranti yang mengguna Cynogen OS 12.1.1 yang berasaskan Android 5.1. sama seperti Obi Worldphone SF 1 dan SJ 1.5 sebelum ini, 


MV1 mempunyai rekaan yang amat unik.

Panel skrin peranti terkeluar dari kerangka dan bahagian atas pula adalah rata. Ia akan mula dijual di United Kingdom pada harga RM516.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates