Wednesday, August 17, 2016

Apps BUAL yang seakan Whatsapp telah dilancarkan


BUAL ditawarkan untuk Android dan iPhone, membolehkan pengguna bukan sahaja membuat panggilan dikalangan pengguna aplikasi tersebut secara percuma, tetapi pada masa yang sama turut membolehkan pengguna membuat panggilan kepada talian mudah-alih atau talian tetap menggunakannya.

BUAL boleh digunakan untuk berbual bersama rakan-rakan anda yang lain secara percuma melalui akses internet. 



Ataupun, anda turut boleh membuat panggilan ke talian tetap dan mudah-alih pada kos yang lebih rendah berbanding penyedia perkhidmatan yang lain.

Ini juga sekaligus menjadikan BUAL lebih kos efektif sekiranya anda membuat panggilan ke rumah atau keluarga ketika berada di luar negara.


Selain itu BUAL turut menyediakan perkhidmatan permesejan terbina bagi anda menghantar dan menerima teks.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates