Wednesday, August 17, 2016

LeEco Cool 1 Dual dengan sensor kamera monokrom telah dilancarkan



LeEco’s Cool 1 Dual telah dilancarkan di China .

Gajet ini ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 652, RAM 3/4 Gigabyte dan storan 32/64 Gigabyte.

Kamera berkembar pada panel belakang adalah sebesar 13 Megapixel serba satu.

Salah satunya menggunakan sensor monokrom yang apabila digunakan serentak dengan sensor bewarna dikatakan dapat meningkatkan kualiti gambar sebanyak 30%.

Kamera utama ini mampu merakam video pada resolusi 4K. 


Kamera hadapan pula ialah sebesar 8 Megapixel.

Baterinya pula sebesar 4060 mAh menjadi sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Android Marshmallow digunakan dengan pelancar EUI.

Harga jualan bermula dari RM662 untuk model asas 32GB/3GB , dan RM1,024 untuk model premium 64GB/4GB.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates