Sunday, August 14, 2016

Google sedang bangunkan OS baru mereka yang diberi nama “Fuchsia”


Google dilihat mereka sedang membangunkan sebuah sistem operasi baru yang menyasarkan penggunaan pada telefon pintar, PC dan pelbagai platform lain.

Sistem operasi baru ini dinamakan sebagai Fuchsia buat masa ini. 

Bagi yang tidak tahu, fuchsia merupakan nama untuk warna ungu kemerahan yang terang – dan mempunyai sedikit persamaan dengan warna magenta.

Info awal mengenai sistem operasi ini masih samar-samar, tetapi dilihat menyertakan sedikit komponen RTOS (Real-Time Operating System) padanya yang menyasarkan pelbagai peranti moden dan juga embedded systems.

Ia tidak diketahui lagi sama ada projek ini sekadar kajian semata-mata atau akan dikomersialkan oleh pihak Google pada masa akan datang.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates