Sunday, August 14, 2016

Instagram Stories boleh dilayari di dekstop PC anda sekarang


Sekiranya anda aktif menggunakan laman Instagram.com untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan anda, kini anda boleh turut menonton Instagram Stories melalui sebuah plugin khusus yang mengaktifkan paparannya.

Plugin yang dinamakan Chrome IG Story ini ditawarkan untuk pelayar web Chrome, dan ia akan menambah paparan ikon pada bahagian atas Instagram.com, sama seperti di aplikasi mudah-alih. 


Pengguna boleh menontonnya dengan klik pada ikon rakan-rakan anda, selain turut boleh memuat-turun sesuatu perkongsian dengan klik-kanan pada ikon rakan anda.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates