Friday, August 12, 2016

Kajian tunjukkan mereka yang selalu berkongsi status perhubungan kurang keyakinan diri dan ada masalah dalam perhubungan sebenarnya


Kajian dari Universiti Brunel di London hari ini mengesahkan individu yang kerap berkongsi status perhubungan mereka mempunyai masalah keyakinan diri.

Kajian dilakukan ke atas 555 individu.

Status Facebook mereka dianalisa menggunakan lima kategori iaitu tahap keterbukaan, kegelisahan, ketelitian, kemudahan untuk bersetuju dan keinginan untuk bersosial.

Mereka yang kerap memuat naik status perhubungan dan bercerita tentang kehebatannya sebenarnya mahu menutup tahap keyakinan diri yang rendah.

Mereka yang mempunyai tahap keterbukaan yang tinggi lebih cenderung untuk mengemas kini mengenai topik intelek kerana menggunakan Facebook untuk berkongsi maklumat.

Individu yang lebih berhati-hati akan memuat naik status mengenai anak dan bukannya diri sendiri.

Akhir sekali mereka yang gemar berkongsi status aktiviti senaman dan diet pula memperlihatkan tingkah laku seorang narsis.

Status Facebook digunakan untuk mendapat pujian dan pengesahan aktiviti senaman yang dilakukan menunjukkan hasil.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates