Thursday, July 28, 2016

Sony Xperia XA Ultra mula dijual di Malaysia dengan harga RM1699


Phablet Sony Xperia XA Ultra kini secara rasminya mula ditawarkan di Malaysia iaitu selepas Xperia X dan Xperia XA tiba di Malaysia beberapa bulan lalu.

Sony Xperia XA Ultra ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 6.0-inci dan walaupun memiliki saiz skrin yang agak besar, phablet ini boleh diklasifikasikan berada didalam zon pengunaan yang selesa.

Selain itu, Xperia XA Ultra ini hadir dengan pemproses Helio P10 dengan 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada bahagian kamera, Xperiq XA Ultra ini memiliki kamera belakang Sony Exmor RS 21.5MP yang turut dilengkapi dengan pemfokusan auto hibrid. Kamera hadapan Xperiq XA Ultra ini adalah 16MP yang turut mempunyai OIS.

Bercakap mengenai bateri, Sony hanya menawarkan bateri berkapasiti 2,700mAh yang dilihat sedikit kecil bagi phablet sebesar ini namun syarikat ini mendakwa ianya mampu menawarkan pengunaan purata selama 2 hari.

Sony Xperia XA Ultra ditawarkan pada harga RM 1,699 didalam tiga warna iaitu putih, hitam dan hijau. ianya turut ditawarkan oleh DirectD dengan jaminan waranti daripada Sony Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates