Thursday, July 28, 2016

Samsung tawarkan Apps Samsung Solat


Samsung mempunyai sejumlah aplikasi berguna kepada pengguna mereka, dan terkini, ia dilihat Samsung turut telah menawarkan sebuah aplikasi khusus untuk mereka yang beragama Islam, iaitu Samsung Solat. 

Melaluinya, seperti pada nama, ia memudahkan pengguna mengetahui waktu solat semasa.

Ketika membukanya, pengguna disediakan dengan paparan waktu solat semasa untuk sesuatu hari, dan menggunakan sokongan geolokasi, pengguna dipaparkan dengan kedudukan masjid yang berhampiran.

Melalui aplikasi ini, pengguna turut boleh menetapkan penggera untuk ia berbunyi apabila memasuki waktu solat. Aplikasi Samsung Solat ini juga turut membolehkan pengguna menyemak kiblat melalui kompas terbina.



Salah satu ciri menarik pada aplikasi ini adalah sokongan integrasi bersama Samsung Gear S2, membolehkan pengguna menerima notifikasi terus pada jam tangan pintar Samsung.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini daripada Google Play Store hari ini untuk peranti Android anda.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates