Thursday, July 28, 2016

PlayStation VR akan dijual di Malaysia pada 13 Oktober 2016


Sony hari ini telah mengadakan acara rasmi untuk pengumuman PlayStation VR bagi pasaran Asia, termasuk Malaysia. Berkongsi padanya, Sony mengatakan PlayStation VR akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia pada tarikh sama seperti pasaran antarabangsa lain, iaitu pada 13 Oktober 2016ini.

PlayStation VR akan berharga RM1849 di Malaysia, dan Sony juga turut menawarkan bundle khusus – iaitu bersama-sama dengan PlayStation Camera pada harga RM2029. Sony akan membuka pra-tempahan untuk PlayStation VR ini di pasaran tempatan bermula 30 Julai 2016.


PlayStation VR adalah jawapan untuk realiti-maya daripada Sony, membolehkan pengguna menikmati permainan dalam keadaan yang serba-baru dan berbeza berbanding penggunaan konsol sebelum ini.

PlayStation VR dipakai pada kepala, dan pengguna boleh mengawal permainan melalui alat kawalan PS4 ataupun menggunakan PlayStation Move. Sony juga turut menyediakan PlayStation VR Aim Controller khusus untuk permainan berbentuk tembak-menembak.

Bersama-sama pengenalan PlayStation VR, sejumlah permainan khusus untuknya akan turut ditawarkan, termasuk Farpoint, Batman Arkham VR, Resident Evil Biohazard, dan banyak lagi.


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan PlayStation VR ini, boleh bersedia untuk membuat pra-tempahan di pengedar rasmi Sony seluruh negara bermula 30 Julai 2016 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates