Sunday, July 31, 2016

Waze Beta disertakan dengan fungsi ingatkan pengguna supaya tidak tertinggal anak di dalam kenderaan


Setiap tahun kita akan mendengar berita tragis anak kecil meninggal dunia kerana tertinggal di dalam kenderaan yang dipandu. Sebagai seorang bapa, berita seperti ini amat menakutkan dan sebelum keluar saya akan menjenguk ke kerusi belakang sebagai langkah keselamatan. 

Terdapat beberapa sistem dicipta seperti Gabriel yang memastikan kejadian tragis seperti ini tidak berlaku. Alat seperti ini bagus tetapi perlu dibeli. Oleh itu sistem peringatan yang diperkenalkan Waze Beta ini adalah lebih mudah digunakan.

Menerusi fungsi ini anda boleh meletakkan peringatan sebelum memulakan pemanduan. Setibanya di lokasi, sebuah mesej khas akan terpapar pada skrin bagi mengingatkan anda supaya tidak terlupa anak yang dibawa. 


Sistem ini masih di dalam fasa ujian. Kami berharap ia akan dapat diaktifkan pada Waze secepat mungkin bagi mengurangkan kebarangkalian terlupa sehingga membawa maut.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates