Monday, July 25, 2016

Samsung Galaxy Note 7 akan miliki bateri berkapasiti 3500 mAh


Telefon pintar terbaru didalam siri Galaxy Note iaitu Note7 dijangka akan dilancarkan secara rasmi didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Sebelum ini banyak maklumat spesifikasi telefon pintar ini telah didedahkan dan kini maklumat mengenai kapasiti bateri pula diketahui.

South Korea Telecom telah mendedahkan bahawa Galaxy Note7 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh dan bukanya 3,600mAh atau 4,000mAh seperti yang diperkatakan sebelum ini.


Selain maklumat bateri, South Korea Telecom juga memberikan kita maklumat dimensi iaitu (73.9 x 153.5(x 7.9(mm) dengan berat 169gram.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates