Monday, July 25, 2016

Apps hebat untuk tukarkan gambar anda kepada bentuk abstrak dan unik


Beberapa minggu yang lepas, aplikasi Prisma telah diperkenalkan untuk iPhone, sekaligus menjadi salah satu aplikasi yang diminati ramai. 

Melalui aplikasi Prisma ini, ia membolehkan pengguna mengubah gambar yang dirakamkan oleh mereka kepada bentuk seni moden dengan pelbagai pilihan penuras yang menarik.

Hari ini, penerbitnya turut telah memperkenalkan aplikasi Prisma untuk pengguna Android – membolehkan pengguna Android turut menikmati dan menggunakan aplikasi sama.


Menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih gambar atau merakamkan gambar menggunakan aplikasi Prisma. 

Kemudiannya, anda akan dibawa kepada skrin pilihan untuk memilih daripada sejumlah penuras yang tersedia bagi mengubah gambar anda kepada bentuk seni moden.

Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan tersendiri dalam menjadikan gambar anda menarik berdasarkan kepada sesuatu penuras yang dipilih. 


Pengguna turut boleh memilih untuk mematikan paparan watermark pada gambar melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Prisma ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates