Tuesday, July 26, 2016

Instagram perkenalkan fungsi sembunyikan gambar ikut keperluan pengguna


Bagi sesetengah pengguna, mungkin anda ingin sembunyikan gambar yang anda kongsikan pada Instagram daripada diperlihatkan pada garis masa seseorang rakan atau pengikut. Kini, Instagram memudahkan perkara berkenaan dengan menyertakan sebuah fungsi yang dinamakan sebagai “Hide Your Story“.

Fungsi ini mula kelihatan kepada pengguna versi Beta aplikasi Instagram di Android bermula hari ini. Ia boleh diakses dengan ke profil pengguna yang kita ingin halang paparan gambar kita, dan seterusnya menekan pada menu dan memilih “Hide Your Story“.


Dengan pilihan ini, gambar yang dikongsikan anda tidak lagi akan dipaparkan pada garis masa pengguna berkenaan. Seperti biasa, pengguna berkenaan masih boleh membuka profil anda menggunakan carian nama pengguna sekiranya profil anda adalah terbuka untuk paparan umum.

Instagram dijangka memperkenalkan fungsi ini kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates