Tuesday, July 26, 2016

Huawei Honor Note 8 dilancarkan pada 1 Ogos 2016


Honor merupakan jenama subsidiari dibawah Huawei yang telah mengeluarkan beberapa peranti menarik sebelum ini. Terkini, selepas memperkenalkan Honor 8 tempoh hari, kini pihak Honor dalam persiapan untuk memperkenalkan phablet mereka yang pertama, dinamakan sebagai Honor Note 8.

Info berkaitan peranti ini telah kelihatan sejak minggu lepas. Honor Note 8 bakal membawakan skrin bersaiz 6.6-inci dengan resolusi 2K. Peranti ini bakal dijana dengan cip Kirin 950, selain menyertakan memori 4GB RAM.

Disamping itu, peranti ini hanya membawakan satu kamera belakang sahaja, iaitu 13-megapixel pada bahagian belakang, dan 8-megapixel pada bahagian hadapan. Menguasakan peranti ini adalah bateri berkapasiti 4400mAh.

Selepas ketirisan maklumat berkaitan peranti ini sebelum ini, kini melalui teaser daripada pihak Honor, ia dilihat Honor Note 8 bakal diperkenalkan pada 1 Ogos 2016 ini.

Pelancaran ini dijadualkan di China, dan menariknya, mereka memperkenalkan peranti ini sehari sebelum pengenalan satu lagi peranti berjenama Note, iaitu Galaxy Note 7.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates