Tuesday, July 26, 2016

Phone Nexus dan Android One pasang fungsi 'anti-spam' terbina pada gajet mereka


Panggilan spam dari penjual polisi insurans dan syarikat telekomunikasi yang mahu anda membayar bil ialah perkara yang kami hadapi setiap hari. Kerana bekerja sebagai pengamal media, kami akan mengangkat setiap panggilan yang diterima sebelum menyedari ia adalah spam. 

Beberapa aplikasi seperti WhosCall boleh digunakan pengguna Android bagi menyaring dan mengenalpasti nombor yang dikaitkan dengan panggilan spam.

Kepada pengguna Nexus dan Android One, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi pihak ketiga selepas ini. Pihak Google mengesahkan sistem saringan nombor spam akan terbina dengan kemas kini terkini kedua-dua peranti. 


Selain mengenal pasti nombor yang tidak diingini, pengguna boleh melaporkan nombor baru yang digunakan. Diharap fungsi ini akan menjadi terbina pada kesemua binaan Android di masa hadapan.

Setakat ini sistem saringan nombor terbina hanya ada pada Samsung Galaxy S7. 


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates