Tuesday, July 5, 2016

Gambar Samsung Galaxy Note 7 tertiris sepenuhnya


Kurang sebulan sebelum pelancaran secara rasmi dan akhirnya gambar penuh Samsung Galaxy Note 7 tetiris sepenuhnya. Seperti biasa sumber tiris adalah dari @evleaks yang mengesahkan tiada Galaxy Note 6 tahun ini. Dari segi bentuk ia mengekalkan rekaan tahun lalu. Perbezaan ialah skrin sisi dwi-lengkung dan pengimbas anak mata terbina.


Terdapat tiga pilihan warna iaitu Black Onyx, Silver Titanium dan Blue Coral. Dari apa yang kami lihat rekaan panel belakang yang melengkung pada bahagian sisi Note 5 dikekalkan. Ini adalah berita baik kerana ia memudahkan peranti 5.7″ ini dipegang dengan sebelah tangan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates