Tuesday, July 5, 2016

Huawei Honor 8 akan dilancarkan pada 11 Julai 2016


Beberapa gambar lakaran telefon pintar utama Huawei didalam jenama Honor iaitu Honor 8 telah mula tersebar.

Gambar ini memberikan kita visual jelas paparan hadapan dan belakang Huawei Honor 8 ini.

Reka bentuk Honor 8 ini adalah sama seperti yang dikesan di TENAA bulan lalu dan reka bentuk hadapan telefon pintar ini dilihat sama seperti peranti Honor V8.

Honor 8 ini akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Julai ini dan ianya dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Kirin 950, dua kapasiti RAM iaitu 3GB/4GB, tiga kapasiti ROM iaitu 32GB/64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Bercakap mengenai kamera, Honor 8 dikatakan akan hadir dengan kamera belakang berkembar 12MP ( sama seperti pada P9) dan kamera hadapan 8MP.

Segala maklumat harga dan tarikh penjualan Honor 8 ini akan kami laporkan selepas selesainya majlis pelancaran telefon pintar ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates