Tuesday, July 5, 2016

LG Nexus 5X mula dijual di Malaysia dengan harga RM1199



Kira-kira 7 bulan selepas kemasukkan Nexus 6P, satu lagi telefon pintar Nexus iaitu Nexus 5X kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia.

LG Nexus 5X kini ditawarkan oleh SuperBuy dengan harga penjualan RM 1,199 dan mulai bulan hadapan, telefon pintar ini akan turut ditawarkan oleh Brightstar Malaysia.

Nexus 5X yang dikeluarkan dengan kerjasama LG hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.2-inci dengan kepadatan piksel 424ppi. Skrin paparan telefon pintar ini turut hadir dengan gelas perlindungan Gorilla Glass 3 daripada Corning.

Selain itu, seperti diduga, Nexus 5X hadir dengan Android 6.0 Marshmallow yang beroperasi pada pemproses Snapdragon 808, 2GB RAM, Adreno 418 GPU dan mempunyai dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( tiada slot microSD).

Dari segi kamera pula, LG Nexus 5X hadir dengan kamera 12.3MP dengan f/2.0 aperture dan 1.55 micro pixel. Walaupun hadir dengan saiz micron yang besar, Nexus 5 tidak mempunyai optik pengstabilan imej (OIS). Kamera ini juga mampu merakam video 2K, mempunyai teknologi pemfokusan IR laser dan flash dwi-tona ‘broad-spectrum’.

LG Nexus 5X hadir dengan bateri berkapasiti 2,700mAh, sensor pengesan capjari, Wi-Fi 802.11ac (2×2 MIMO), slot USB-Type C, NFC, Bluetooth 4.2 dan GPS/GLONASS. Selain itu, Nexus 5X turut mempunyai satu pembesar suara dibahagian hadapan dengan 3 mikrofon.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates