Sunday, February 7, 2016

Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2016


Xiaomi secara rasminya akan melancarkan telefon pintar utama Xiaomi Mi 5 ini pada 24 Februari 2016.

Pengesahan ini telah dilakukan minggu lalu dan kini Hugo Barra juga telah mengesahkan perkara yang sama dengan memuat turun satu gambar akaun sosial peribadi beliau iaitu di Facebook dan Twitter.

Hugo Barra tidak memberikan banyak maklumat mengenai Xiaomi Mi 5 ini namun beliau berkata bahawa ianya adalah model pertama yang akan dilancarkan secara rasmi dan beliau juga meminta pendapat pengguna Facebok akan imaginasi mereka bagi Xiaomi Mi 5.


Xioami Mi 5 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari 2016 sebelum di jual secara eksklusif di pasaran China.

Selepas itu, Xiaomi mungkin akan mula menawarkan model telefon pintar ini di pasaran luar China namun kami masih tidak pasti adakah ianya akan mengambil masa yang lama seperti yang berlaku pada Xiaomi Mi 4.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates