Sunday, February 7, 2016

Oppo R7 Lite dan R1x mula dijual di Malaysia dengan harga RM 998


Selepas pelancaran Oppo F1 di pasaran Malaysia minggu lalu, Oppo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa sempena perayaan tahun baru cina, Oppo akan menawarkan dua model mereka iaitu Oppo R7 Lite dan Oppo R1x dengan harga penjualan hanya RM 998.

Sebelum ini, Oppo R7 Lite mempunyai harga penjualan RM 1,298 manakala Oppo R1x mempunyai harga penjualan RM 1,198.

Kedua-dua model ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu warna emas dan perak bagi Oppo R7 Lite manakala Oppo R1x ditawarkan didalam warna hitam dan putih.


Selain itu, untuk mendapatkan kedua-dua model ini pada harga RM 998, anda perlu melakukan pembelian anda melalui kedai rasmi Oppo di atas talian iaitu oppostore Malaysia.

Oppo Malaysia tidak mengumumkan akan bila promosi ini akan berakhir namun ianya dijangka akan ditawarkan sehingga stok masih ada.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates