Thursday, December 31, 2015

Asus Zenfone Zoom akan dijual di Malaysia pada pertengahan Januari 2016


Telefon pintar hibrid kamera Asus Zenfone Zoom telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Januari 2016. 

Pengesahan ini telah dibuat oleh Asus Malaysia melalui akaun Facebook mereka sebagai menjawab satu persoalan yang ditanya oleh pengguna.

Asus Zenfone Zoom mempunyai reka bentuk dan spesifikasi yang sama seperti Zenfone 2 namun ianya mempunyai kamera dengan lensa zoom optik 3x dan disertakan dengan OIS iaitu optik pengtabilan imej.

Satu lagi telefon pintar Asus iaitu, Zenfone Zoom akan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar dengan ‘lensa zoom optik 3x’ ternipis dipasaran dengan 11.95 mm jauh meninggalkan pencabar utama telefon ini iaitu Samsung Galaxy K Zoom yang mempunyai kenipisan 16.6mm.

Zenfone Zoom juga hadir dengan lampu Flash ‘True Tone’, fokus laser yang sama seperti pada LG G3. 

Unit kamera Zenfone Zoom ini adalah 13MP.


Tidak seperti ketika diumumkan awal tahun ini, Asus ZenFone Zoom hadir dengan reka bentuk panel belakang ‘faux-leather’ dan didalam dua versi.

Versi ZenFone Zoom dengan pemproses Intel Atom Z3580 hadir dengan 64 GB memori simpanan dalaman manakala versi dengan 128GB memori simpanan dalaman pula hadir dengan pemproses Intel Atom Z3590 berkelajuan 2.5 GHz.

Sebagai perbandingan, Asus ZenFone Zoom versi 64 GB ditawarkan dengan harga RM1809 manakala versi 128 GB pula mempunyai harga penjualan RM2609 .

Harga penjualan Asus Zenfone Zoom di Malaysia masih belum diumumkan namun ianya berada pada kadar RM2000-RM2100 termasuk GST.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates