Thursday, December 31, 2015

Samsung Galaxy A9 akan dijual di Malaysia pada harga sekitar RM2100


Samsung Galaxy A9 yang dilancarkan baru-baru ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi bersama-sama telefon pintar Galaxy A 2016 yang lain.

Walaupun telah dilancarkan secara rasmi, Samsung masih belum memberikan sebarang maklumat penjualan telefon pintar ini namun kini satu gambar yang dimuat turun di Weibo telah mendedahkan bahawa model teratas didalam siri A akan mempunyai harga penjualan CNY 3,199 iaitu sekitar RM 2,115.

Samsung Galaxy A9 hadir dengan skrin paparan 1080p AMOLED berukuran 6 inci, pemproses Snapdragon 652 yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 620, 3 GB RAM, 32 GB memori simpanan dalaman dan akan mempunyai bateri berkapasiti 4000 mAh.



Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga akan hadir dengan kamera belakang 13MP dengan OIS f/1.9, kamera hadapan lensa lebar 8 MP, berasaskan Android 5.1.1 Lollipop dan mempunyai ukuran dimensi 161.7 × 80.9 × 7.4mm dengan berat 200gram.

Samsung Galaxy A9 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna emas, emas ros dan perak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates