Wednesday, December 30, 2015

Asus ZenFone Max bakal dijual di Malaysia tidak lama lagi


Asus Zenfone Max, telefon pintar yang mempunyai kapasiti bateri 5000 mAh telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang memberikan kita maklumat bahawa pelancaran tempatan model ini akan dijual tidak lama lagi.

Asus Zenfone Max telah diperkenalkan pada IFA 2015 dan ianya akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 410, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Asus ZenFone Max yang mempunyai nombor model ZC550KL juga akan akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, slot microSD dan berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Asus Zenfone Max yang hadir dengan bateri berkapasiti 5000mAh ini dikatakan mampu menawarkan jangka hayat bateri yang baik dan ianya juga boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti pintar anda yang lain.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates