Wednesday, December 30, 2015

Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Plus akan dijual dalam 4 warna berbeza


Telefon pintar utama generasi baru daripada Xiaomi iaitu Mi 5 adalah antara telefon pintar yang hangat diperkatakan dan kini satu gambar lakaran akhbar mendedahkan bahawa Xiaomi Mi 5 ini akan ditawarkan didalam4 warna iaitu warna emas, putih, hitam dan merah jambu.

Xiaomi Mi 5 ini akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci (resolusi masih belum dapat disahkan), pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 3GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB.

Selain itu, Xiaomi Mi 5 ini juga akan hadir dengan bateri berkapasiti 3030mAh dan MIUI 7 yang berasaskan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Selain Mi 5, Xiaomi juga dikatakan akan melancarkan satu lagi model telefon pintar utama mereka iaitu Mi 5 Plus.


Xiaomi Mi 5 Plus dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.5-inci atau 5.7-inci, pemproses Snapdragon 820, 3GB RAM dan memori simpanan dalaman 32GB yang menggunakan memori eMMC.

Beralih kepada kamera, kedua-dua Mi 5 dan Mi 5 Plus akan memiliki kamera belakang 16MP manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Selain itu, Mi 5 dan Mi 5 Plus akan menjadi telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan butang fizikal yang turut menempatkan sensor pengesan capjari.

Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Plus akan dilancarkan sekitar bulan Februari 2016 dengan harga penjualan yang berpatutan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates