Sunday, December 27, 2015

Samsung Galaxy A9 telah dilancarkan secara rasmi


Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy A9 yang akan menyertai beberapa lagi model baru didalam siri A iaitu Galaxy A3 (2016, Galaxy A5 (2016) dan Galaxy A7 (2016).

Seperti semua model 2016 siri Galaxy A, Galaxy A9 juga akan ditawarkan pada mulanya di pasaran China sebelum ke pasaran lain pada 2016 .

Samsung Galaxy A9 hadir skrin paparan 1080p AMOLED berukuran 6.0-inci, pemproses Snapdragon 652 yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 620, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan akan mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh.


Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga akan hadir dengan kamera belakang 13MP dengan OIS f/1.9, kamera hadapan lensa lebar 8MP, berasaskan Android 5.1.1 Lollipop dan mempunyai ukuran dimensi 161.7 × 80.9 × 7.4mm dengan berat 200gram.

Samsung Galaxy A9 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna emas, emas ros dan perak.

Walaupun telah dilancarkan secara rasmi, Samsung masih belum mendedahkan harga dan tarikh model ini akan mula dijual.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates